Tiga kesilapan penjaga kucing semasa memberi makan

Sebagai pemilik kucing yang prihatin, kesihatan Si Comel merupakan keutamaan kita. Memilih makanan yang sesuai merupakan langkah penting untuk memastikan kucing kekal sihat dan mendapat pemakanan yang baik setiap hari. Bagi kucing dewasa, diet yang lengkap dan seimbang diperlukan untuk menyokong keperluan nutrisi dan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Namun, kadangkala kita masih “agak-agak” dengan jumlah makanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka setiap hari. Berikut merupakan kesilapan yang sering dilakukan oleh paw-rents demi menyokong kesejahteraan Si Comel. 

1. Membiarkan mangkuk makanan sentiasa penuh

Membiarkan mangkuk makanan sentiasa terisi penuh sepanjang hari mungkin kelihatan sangat praktikal walaupun anda hanya perlu isi dan biarkan kucing makan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, tabiat ini menyukarkan anda untuk memantau dan menganggar jumlah sebenar makanan yang diambil oleh kucing anda setiap hari. Mangkuk makanan yang sentiasa penuh juga menyebabkan makanan terdedah terlalu lama kepada udara dan serangga. 

2. Ikut panduan pemakanan pada paket makanan secara bulat-bulat

Panduan pemakanan yang tertera pada pembungkusan makanan adalah titik permulaan yang baik, tetapi setiap kucing memerlukan jumlah yang berbeza. Jumlah hidangan yang ideal untuk seekor kucing bergantung pada faktor seperti berat badan, umur, tahap aktiviti serta gaya hidup mereka. 

3. Memberi snek (treats) tanpa mengira jumlahnya

“Satu treat lagi untuk Si Bulus”! Treats mungkin kelihatan sikit dan tidak berbahaya, namun pengambilan secara berlebihan boleh menyumbang kepada peningkatan dalam kalori buat kucing anda. Sebaiknya, memilih snek yang mengandungi bahan semula jadi dan elakkan snek yang tinggi garam atau pewarna tiruan demi menjaga kesihatan buah pinggang mereka. 

Selain daripada mengubah tabiat ini, nutrien juga penting bagi memastikan Si Comel anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari. 

Nutrien penting untuk Kucing:

  • Ikan sebenar

Diperbuat daripada ikan sebenar dan merupakan antara sumber protein utama. Wet food AlleyCat mengandungi 12% protein dan mempunyai tiga jenis ikan untuk kucing anda cuba.

  • Taurin

Asid amino diperlukan oleh kucing untuk kesihatan mata dan fungsi tubuh yang sihat

  • Vitamin E & C 

Bertujuan untuk melengkapkan nutrisi, melawan jangkitan bakteria dan menyokong sistem imun Si Comel

  • Kandungan Magnesium Rendah

Membantu mengelakkan jangkitan F.U.S (feline Urinary Syndrome) dan menyokong kesihatan harian

  • Omega 3 & 6

Mengandungi asid lemak yang merupakan nutrien penting untuk menjaga kesihatan kulit dan memastikan bulu yang sihat

Sebagai seorang penjaga kucing yang penyayang, kita mestilah sentiasa ambil tahu berapa banyak kucing kita memerlukan dalam seharian untuk kesihatan mereka. Habit, aktiviti  harian dan umur mereka menjadi faktor utama mereka untuk kita menjaga cara pemakanan supaya tak obes. Selain itu, pastikan kandungan makanan mereka memberikan nutrisi yang sepatutnya dan tinggi protein seperti AlleyCat.