
Kenapa Si Comel TIba-tiba Kurang Selera Makan?
Si Comel yang biasanya berselera makan tiba-tiba hilang selera? Memang susah untuk kita kenal pasti puncanya, kita tak pasti sama ada dia sihat atau tidak. Tapi bila dia mula mengeluarkan bunyi ‘purr…’, sebenarnya mungkin ada “mesej” yang cuba disampaikan. Dalam artikel ini, kita akan siasat beberapa sebab kenapa Si Comel purr dan rupanya ada beberapa perkara yang mungkin kita sendiri tak pernah tahu sebelum ini.
- Pemilihan makanan baru
Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Si Comel yang sebelum ni makan berselera tiba-tiba mula menolak makanan. Salah satu sebab yang pawrents boleh perhatikan ialah perubahan pada makanan atau tingkah laku makan Si Comel itu sendiri. Kucing sememangnya sangat sensitif terhadap bau dan rasa makanan. Kadang-kadang, baru hidu sikit terus tolak makanan dan langsung tak ambil indah pun. Sebab itu, kita sebagai penjaga perlu sentiasa peka apabila menukar perisa atau jenis makanan baru untuk Si Comel. Salah satu cara untuk meningkatkan selera Si Comel ialah boleh cuba campurkan kibbles dan wet food kerana aroma dan rasa yang lebih menarik.
AlleyCat menyediakan dua pilihan makanan iaitu kibbles dan wet food dengan pelbagai perisa ikan yang boleh membantu menarik selera Si Comel. Selain sedap, nutrisi yang lengkap juga penting untuk kucing dewasa. Kibbles AlleyCat mengandungi 30% protein manakala wet food pula mengandungi 12% protein bagi membantu memenuhi keperluan harian Si Comel.
- Cuaca yang panas
Semasa cuaca panas, kita sendiri pun rasa tak selesa, apatah lagi Si Comel yang berbulu tebal dan aktif bergerak. Bila Si Comel mula buat bunyi purr, cuba perhatikan juga keadaan sekeliling —terutamanya suhu pada waktu tersebut. Ini antara petunjuk mudah yang boleh membantu pawrents faham keadaan Si Comel.
Apabila cuaca terlalu panas, Si Comel biasanya akan mencari tempat yang lebih sejuk dan lebih banyak berehat di dalam rumah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan selera makan mereka berkurang kerana tenaga yang digunakan menjadi lebih rendah. Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah memastikan Si Comel sentiasa mendapat air yang mencukupi untuk kekal terhidrat sepanjang masa.
- Masalah gusi atau gigi
Masalah gigi yang ringan seperti sakit gigi boleh menyebabkan Si Comel hilang selera, terutamanya jika diberi kibbles. AlleyCat mempunyai wet food dengan pelbagai perisa seperti Tuna, Tuna & Ocean Fish dan Tuna & Mackerel. Anda juga boleh menukar perisa untuk mengelakkan Si Comel daripada mudah bosan dan memastikan selera makannya kekal baik.
Utamakan kesihatan Si Comel dengan mengambil berat aspek luaran dan dalaman kerana ia dapat memastikan Si Comel kekal gembira sepanjang berada bersama kita. Jika masalah sakit gigi atau gusi berlarutan, segera bawa Si Comel ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
Perubahan tabiat makan Si Comel tidak boleh diabaikan kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pilihan makanan, cuaca panas, atau masalah gigi. Si Comel memerlukan perhatian lebih untuk memastikan kesejahteraan sentiasa terjaga. Dengan memerhati tabiat mereka dan memberikan penjagaan yang konsisten, anda dapat memastikan kucing anda kekal sihat, selesa dan gembira setiap hari