
Kenapa Si Comel Terlalu Memilih Makanan?
Jangan ingat manusia sahaja picky eater, kucing kita juga boleh menghadapi masalah yang sama. Perkara ini berlaku apabila Si Comel telah makan makanan yang sama berulang kali selama berbulan atau bertahun. Lama-kelamaan, mereka merasa bosan dan tidak lagi berminat untuk makan makanan yang sama. Oleh itu, sangat penting untuk kita memahami tabiat Si Comel serta memberi perhatian kepada sebarang perubahan dalam pilihan makanan mereka.
Kenapa Kucing Menjadi Picky Eater?
- Naluri semula jadi
Secara semula jadi, kucing ialah pemburu. Mereka biasa makan mangsa kecil secara kerap sepanjang hari. Disebabkan tabiat ini, Si Comel mudah berasa kenyang jika diberikan makanan dalam kuantiti yang sama berulang kali, menjadikan mereka lebih cerewet dengan makanan yang sama.
- Pilihan rasa yang digemari
Anak kucing boleh membentuk pilihan rasa sejak kecil, terutamanya berdasarkan diet ibu mereka semasa tempoh kehamilan. Oleh itu, adalah penting untuk memperkenalkan anak kucing kepada makanan dengan perisa, tekstur, saiz dan bentuk yang berbeza agar mereka lebih menerima pelbagai jenis makanan ketika dewasa. Ini juga berguna sekiranya mereka memerlukan diet khusus di kemudian hari untuk tujuan kesihatan.
- Faktor persekitaran
Kucing sangat sensitif terhadap kebersihan. Mereka mungkin menolak makanan jika kawasan makan tidak bersih atau tidak memenuhi piawaian mereka. Elakkan meletakkan makanan berhampiran litter box, kawasan yang sibuk, atau tempat di mana terdapat haiwan lain atau serangga, supaya Si Comel selesa semasa makan.
- Masalah kesihatan
Masalah gigi atau kesakitan pada mulut boleh menyebabkan kucing merasa tidak selesa untuk makan makanan tertentu. Ketidakselesaan ini boleh membuatkan Si Comel hilang selera makan, terutamanya jika tekstur makanan tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Bolehkah Masalah Picky Eater Ini Diatasi?
Jawapannya ya, boleh. Anda boleh menggalakkan kucing anda dengan menawarkan pelbagai perisa dan tekstur makanan yang sesuai. Seperti AlleyCat menyediakan tiga perisa ikan yang digemari kebanyakan kucing, iaitu Tuna, Tuna & Mackerel, dan Tuna & Ocean Fish.
Selain itu, AlleyCat sesuai untuk semua kucing, dengan protein tinggi iaitu 12% dalam wet food dan 30% dalam kibbles, membantu Si Comel kekal sihat dan terhidrat sepanjang hari.
Mencuba tekstur makanan yang berbeza, seperti wet food dan kibbles, membantu Si Comel mengenalpasti makanan yang mereka gemari menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan dan membuatkan mereka kenyang lebih lama.
Menghadapi kucing yang memilih makanan memang boleh menjadi cabaran. Namun, dengan memahami punca di sebalik tabiat ini, penjaga kucing dapat mengurus waktu makan dengan lebih baik. Pastikan Si Comel mendapat kandungan nutrisi yang disyorkan dalam setiap pek AlleyCat, supaya mereka kekal sihat, aktif, dan ceria.
Pemerhatian yang teliti terhadap Si Comel dengan bersabar, kucing anda akan kembali menikmati makanan mereka sambil mendapat nutrisi yang mencukupi untuk kekal sihat dan aktif.
AlleyCat sesuai untuk semua kucing, dengan protein tinggi iaitu 12% dalam wet food dan 30% dalam kibbles, membantu Si Comel kekal sihat dan terhidrat sepanjang hari.