
Rancang Untuk Melancong Dengan Kucing Anda?
Raya sudah hampir tiba! Adakah anda merancang untuk membawa Si Comel balik kampung bersama? Artikel kali ini akan membantu anda untuk mengetahui sama ada kucing anda selesa melancong dalam kereta untuk tempoh yang panjang, serta cara-cara memudahkan perjalanan mereka.
Sebelum memulakan perjalanan, jom kenali kucing anda dengan lebih baik melalui pengalaman pertama mereka menaiki kereta. Antara tanda mabuk kereta (motion sickness) pada kucing. Perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah tanda-tanda mabuk perjalanan (motion sickness) ketika berada di dalam kereta, seperti:
- Bersuara kuat secara tiba-tiba
Jika kucing yang biasanya pendiam tiba-tiba menjadi sangat bising ketika dalam kereta, ia mungkin tanda stres, kebimbangan atau mabuk perjalanan.
- Tidak duduk diam
Kucing kelihatan gelisah dan tidak selesa akibat persekitaran yang asing serta pergerakan kenderaan.
- Air liur meleleh atau kerap menjilat bibir
Ini biasanya berlaku apabila kucing cuba mengatasi rasa loya disebabkan stres dan pergerakan kereta.
- Muntah
Antara simptom paling biasa akibat rasa cemas, stres dan pergerakan yang tidak biasa.
- Cirit-birit
Juga boleh berlaku sekiranya kucing terlalu tertekan atau mengalami ketidakselesaan perut.
Selepas memahami keadaan Si Comel dalam kereta, berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengurangkan mabuk dalam perjalanan:
- Biasakan dengan carrier (latihan carrier)
Langkah pertama ialah memastikan kucing selesa berada di dalam carrier. Biarkan mereka meneroka dan berehat di dalamnya sebelum hari perjalanan.
- Perkenalkan perjalanan kereta secara berperingkat
Mulakan dengan meletakkan kucing di dalam carrier di dalam kereta, hidupkan enjin dan duduk selama beberapa minit tanpa bergerak. Lakukan secara perlahan-lahan sebelum memulakan perjalanan sebenar atau biasakan kucing dalam kereta yang bergerak dengan jarak dekat..
- Wujudkan persekitaran yang selesa
Letakkan barang yang mempunyai bau anda seperti pakaian atau selimut kecil. Bau yang dikenali dapat memberikan rasa selamat dan mengurangkan kebimbangan.
- Hadkan pengambilan makanan sebelum perjalanan
Perut yang tidak terlalu penuh boleh membantu mengurangkan rasa loya dan risiko muntah, terutama untuk perjalanan jauh.
- Berhenti rehat secara berkala
Jika perjalanan jauh, berhenti seketika untuk memberi ruang pada kucing untuk berehat dan menggunakan litter box (jika perlu). Bagi memudahkan perjalanan anda, pasir kucing AlleyCat yang diperbuat daripada bentonite mampu berketul dengan cepat selepas terkena najis, sekali gus memudahkan kerja pembersihan.
Selain itu, penting untuk kita memahami keadaan Si Comel sebelum membawa mereka ke tempat yang jauh atau dalam perjalanan yang panjang. Pastikan kita merancang perjalanan serta mempertimbangkan situasi Si Comel terlebih dahulu demi keselesaan mereka dan memudahkan urusan kita sepanjang perjalanan.
Ingat, Si Comel memerlukan nutrisi yang baik di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. AlleyCat menyediakan nutrisi yang mencukupi serta kandungan protein yang tinggi dalam pilihan kibble dan wet food. Untuk perjalanan yang lebih mudah, dapatkan wet food AlleyCat bersaiz travel yang praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.