
Persekitaran Sihat Untuk Si Comel Anda
Kadangkala, kita mungkin kurang menyedari keperluan sebenar kucing peliharaan kita kerana hanya kucing itu sendiri yang tahu sama ada persekitarannya membuatkan dia selesa atau tertekan. Sebagai penjaga yang bertanggungjawab, kita perlu memahami asas-asas untuk mewujudkan persekitaran yang bebas stres agar kucing dapat hidup dengan lebih tenang dan sihat.
#1 Sediakan tempat untuk kucing mencakar
Mencakar ialah tingkah laku semula jadi dan rutin harian kucing, tidak kira sama ada kucing luar atau kucing yang dipelihara di dalam rumah. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan tempat mencakar yang sesuai supaya kucing dapat melepaskan naluri semula jadinya serta berasa lebih selesa dan tidak tertekan.
#2 Luangkan masa bermain dengan kucing anda
Meluangkan masa bermain bersama kucing boleh membantu mengurangkan tahap stres mereka. Anda boleh berinteraksi melalui permainan interaktif atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 20–30 minit sehari bagi memastikan kucing kekal aktif dan ceria. Selain mengurangkan keresahan, aktiviti ini juga membantu mengawal berat badan kucing. Di samping itu, pastikan kucing anda mendapat nutrisi yang mencukupi setiap hari. AlleyCat membekalkan protein yang tinggi, iaitu 30% untuk kibbles dan 12% untuk wet food dengan pilihan tiga perisa ikan yang digemari kucing anda.
#3 Pilih saiz litter box yang sesuai
Sediakan kotak pasir yang bersaiz sesuai dengan kucing anda. Walaupun kucing bersaiz kecil, litter box yang lebih besar dapat memberi ruang yang selesa untuk mereka membuang hajat. Selain saiz, jenis pasir juga memainkan peranan penting. AlleyCat Litter direka khas untuk keselesaan kucing kerana saiz butirannya tidak menyakiti tapak kaki, serta mudah berketul selepas menyerap cecair. Ini memberikan manfaat bukan sahaja kepada kucing, malah memudahkan penjagaan harian anda.
Dengan memahami keperluan kucing dan menyediakan persekitaran yang bebas stres, anda sebenarnya memberi sokongan emosi yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal mereka. Penjagaan yang konsisten serta ruang yang kondusif akan membantu kucing anda hidup lebih bahagia, sihat, dan selesa bersama anda.