
Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Si Comel
Apabila bercakap tentang nutrisi, kita mestilah sentiasa memastikan Si Comel dapat nutrisi yang seimbang dengan jumlah yang tepat. Ini kerana jika diberi secara berlebihan atau terkurang, ia tetap boleh memberi kesan kepada mereka walaupun nutrisi tersebut sebenarnya baik. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kepentingan nutrisi untuk Si Comel.
Beberapa nutrisi penting yang harus kita beri perhatian ialah:
- Protein
Nutrisi utama bagi Si Comel ialah protein berkualiti tinggi dan ia merupakan nutrisi yang paling penting untuk kucing. Si Comel memerlukan lebih banyak protein dalam diet harian mereka. Oleh itu, setiap hidangan Si Comel mesti mengandungi jumlah protein yang mencukupi untuk menyokong tenaga, tumbesaran dan kesihatan keseluruhan mereka.
Jika protein yang diberikan adalah berkualiti rendah, boleh menjejaskan kesihatan Si Comel. Kesannya termasuk masalah metabolisme, penghadaman terganggu, penurunan berat badan, loya, muntah dan cirit-birit.
Untuk memastikan Si Comel mendapat tahap protein yang disyorkan, pastikan anda sentiasa memeriksa label bahan-bahan pada makanan kucing agar mereka menerima nutrisi yang seimbang dan mencukupi.
- Magnesium
Magnesium merupakan mineral penting yang membantu menyokong fungsi saraf, otot, dan kesihatan kencing Si Comel, jadi ia mesti diberikan dalam kadar yang sepatutnya. Ini kerana jika pengambilan melebihi kadar yang disyorkan, ia boleh menjadi ancaman kepada nyawa Si Comel. Pengambilan berlebihan juga boleh menjejaskan sistem saraf dan jantung, serta berpotensi menyebabkan henti jantung dan kematian.
Jika Si Comel kekurangan magnesium, otot mereka boleh menjadi lemah dan mereka akan kurang aktif bermain kerana cepat penat. Mereka juga berisiko mendapat masalah jantung. Selain itu, selera makan Si Comel boleh menurun, sekali gus menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.
- Kalsium dan Fosforus
Penting untuk kita mengetahui sejauh mana nutrisi diperlukan oleh Si Comel. Kita mesti memastikan Si Comel tidak mengambil kalsium dan fosforus dalam jumlah yang terlalu tinggi. Kalsium merupakan nutrisi utama bagi tulang dan gigi kucing anda, jadi ia diperlukan dalam diet seharian. Jika Si Comel tidak dapat kalsium yang secukupnya, Si Comel berisiko menghadapi tulang rapuh, keradangan pankreas atau bahkan kegagalan buah pinggang.
Fosforus pula merupakan komponen kedua paling penting bagi tulang dan gigi, yang memastikan kesihatan sel serta membantu pengangkutan asid lemak. Namun, kita mestilah perhatikan dengan kepekatan fosforus, jika terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius. Jika kucing anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, pentingnya untuk kita mengekalkan paras fosforus dalam makanan pada tahap yang rendah.
Sebagai penjaga kucing yang bertanggungjawab, kita mesti memberi makan kepada mereka dengan pada kadar yang betul, bukan berlebihan mahupun berkurangan. Penting untuk kita mengetahui jumlah makanan yang sesuai untuk setiap hidangan. Kucing adalah karnivor, jadi kita perlu pastikan protein yang diberikan adalah berkualiti tinggi. AlleyCat memastikan semua kucing mendapat protein yang mencukupi dan nutrisi lain yang penting seperti, taurina dan omega 3 dan 6. AlleyCat mempunyai dua jenis makanan kucing, iaitu kibble mengandungi 30% protein, manakala wet food pula mengandungi 12% protein.