
Cara Untuk Mendapatkan Bulu Kucing yang Sihat dan Bersinar.
“Macam mana nak dapat bulu kucing cantik dan lebat macam ni?”
Ini soalan yang sering ditanya, tapi tahukah anda kebanyakan penjaga yang berjaya menjaga bulu Si Comel kekal lebat, licin dan bersinar mesti tekankan satu perkara penting, iaitu pemakanan dan bukanlah semata-mata bergantung pada sabun atau syampu ketika mandi.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk membantu anda memastikan bulu Si Comel kekal sihat, lembut dan tidak mudah gugur.
Apakah perkara asas untuk mendapatkan bulu yang sihat dan licin?
#1 Mandikan kucing secara berkala
Antara asas penjagaan bulu Si Comel adalah mandikan mereka dengan berkala. Namun, Si Comel tidak perlu dimandikan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit Si Comel jadi kering dan bulu kelihatan kusam. Cukup sekadar memandikan Si Comel setiap empat hingga enam minggu untuk memastikan bulu bersih dan sihat. Pastikan anda menggunakan syampu khas untuk kucing bagi mengelakkan iritasi kulit. Kemudian, bilas dengan bersih supaya tiada sisa syampu yang tertinggal, kerana boleh menyebabkan bulu menjadi kasar.
#2 Persekitaran yang sihat dan selesa
Kalau kita sendiri rasa tidak selesa dengan persekitaran, mesti kita rasa stres, kan? Begitu juga dengan Si Comel. Persekitaran yang kotor dan berhabuk boleh menyebabkan bulu mereka terdedah kepada kekotoran yang akan menjadikan bulu kelihatan kusam dan tidak bermaya. Dengan membersihkan rumah secara berkala serta menyediakan tempat tidur yang bersih dan selesa untuk Si Comel berehat.
#3 Air minuman yang bersih
Mungkin nampak macam perkara kecil, tetapi air minuman yang bersih memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan keseluruhan mereka termasuk kulit dan bulu. Jika Si Comel mengalami dehidrasi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan bulu mudah gugur. Sebab itu, penting untuk anda sentiasa tukar air minuman mereka setiap hari agar sentiasa bersih, segar dan selamat diminum.
Bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi keadaan bulu Si Comel?
Untuk memastikan Si Comel sentiasa mendapat nutrisi yang seimbang dan berkualiti, anda perlu sentiasa menyemak kandungan nutrien dalam makanan mereka. Pastikan makanan yang dipilih mempunyai Omega-3 dan Omega-6, seperti makanan basah AlleyCat, yang kaya dengan mineral, protein dan vitamin penting untuk menyokong kesihatan dalaman dan luaran Si Comel.
Makanan basah AlleyCat diformulasikan secara bersih dan berkualiti tinggi, mengandungi 12% protein dalam setiap paket serta kadar kelembapan yang tinggi, iaitu 84%. Ini dapat membantu Si Comel mendapat lebih banyak cecair melalui pemakanan, terutamanya jika mereka kurang minum air secara langsung.
Terdapat tiga pilihan perisa yang lazat untuk Si Comel nikmati:
Tuna
Tuna & Ikan Kembung
Tuna & Ikan Laut
Apakah faktor lain yang mempengaruhi keadaan bulu Si Comel?
Antara faktor lain yang memainkan peranan besar terhadap keadaan bulu Si Comel ialah umur kerana boleh mempengaruhi tekstur dan kelembutan bulu kucing. Apabila kucing semakin berusia, bulu mereka cenderung menjadi lebih kasar kerana kemampuan untuk menjaga kebersihan Si Comel berkurangan dan kesihatan merosot. Selain itu, Si Comel mewarisi genetik daripada ibu bapa mereka ini boleh menentukan keadaan bulu mereka. Penjagaan Si Comel mestilah secara menyeluruh untuk memastikan kesihatan mereka terjaga dengan makanan berkhasiat dan nutrisi yang mencukupi.
Penjagaan Si Comel mestilah menyeluruh dan bukan sekadar untuk mendapatkan bulu yang cantik dan sihat semata-mata. Ia turut merangkumi pemeriksaan kesihatan bulanan jika perlu dan pemantauan tingkah laku harian seperti perubahan selera makan, tahap aktiviti atau tanda-tanda ketidakselesaan. Si Comel kini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita, jadi kita harus menjaganya dengan sepenuh hati. Pemakanan, persekitaran dan kesejahteraan emosi mereka mestilah sentiasa dipelihara agar Si Comel kekal sihat, ceria dan bahagia setiap hari.