
Si Comel Tak Selesa Dengan Litter Box? 3 Tanda Pawrents Kena Alert!
Kebanyakkan pemilik kucing menganggap Si Comel selesa selagi masih menggunakan litter box. Namun, daripada tingkah laku Si Comel mungkin boleh menunjukkan ketidakselesaan. Contohnya, Si Comel terus berlari keluar selepas selesai membuang atau mengais pasir di luar litter box. Faktor seperti kebersihan, tekstur pasir, habuk dan bau boleh mempengaruhi keselesaan Si Comel ketika menggunakan litter box. Jom kenali tanda-tanda yang pawrents sering terlepas pandang dan cara yang mudah untuk menjadikan litter box lebih selesa buat Si Comel.
- Pasir yang mudah berderai dan hancur
Pernah tak rasa susah nak bersihkan litter box sebab gumpalan pasir yang mudah hancur dan mudah berderai? Pasir yang tidak bergumpal dengan baik boleh mengganggu keselesaan Si Comel serta menyebabkan sisa melekat pada dasar bekas dan menyukarkan pembersihan untuk pawrents. Apabila gumpalan mudah hancur, sisa kotoran boleh bercampur dengan pasir yang bersih menyebabkan pasir lebih cepat kotor dan kebersihan bekas pasir terjejas. Oleh itu, pemilihan pasir kucing yang berkualiti tinggi sangat penting untuk memudahkan pawrents untuk membersihkan litter box Si Comel.
- Habuk yang berlebihan daripada bekas pasir
Pasir yang menghasilkan terlalu banyak habuk boleh mengganggu keselesaan Si Comel ketika mengais atau menimbus kotoran dalam litter box. Habuk halus juga boleh berterbangan di udara dan berpotensi mengganggu hidung serta mata Si Comel. Selain itu, pasir yang melekat pada tapak kaki Si Comel boleh terkeluar dari litter box dan menyebabkan pasir bertaburan di sekitar rumah. Oleh itu, memilih pasir yang rendah habuk dapat memastikan kawasan litter box lebih bersih serta selesa untuk Si Comel dan pawrents.
- Litter box masih berbau walaupun selepas dibersihkan
Bau yang kurang menyenangkan daripada litter box bukan sahaja mengganggu kesegaran rumah, malah boleh menjadikan kawasan tersebut kurang selesa untuk Si Comel dan pawrents. Oleh itu, pemilihan pasir yang mempunyai ciri kawalan bau yang baik adalah sangat penting untuk mengekalkan kebersihan dan kesegaran litter box. AlleyCat Clumping Litter menawarkan pelbagai pilihan wangian, Lavender, Apple, Parfum Bouquet, dan Sakura Bloom untuk membantu mengawal bau yang kurang menyenangkan.
Tanpa kita sedari, perubahan kecil dalam tingkah laku Si Comel boleh menjadi petunjuk yang mereka kurang selesa dengan litter box. Pemilihan pasir yang sesuai juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keselesaan dan kebersihan harian mereka. AlleyCat Clumping Litter mempunyai ciri mudah bergumpal, mengawal bau dan kurang berhabuk membantu memudahkan pembersihan serta mengekalkan kesegaran persekitaran rumah. Dengan litter box yang bersih, Si Comel pun lebih selesa dan pawrents pun lebih tenang.
AlleyCat Cat Clumping Litter menawarkan pelbagai pilihan wangian, Lavender, Apple, Parfum Bouquet, dan Sakura Bloom untuk membantu mengawal bau yang kurang menyenangkan.
AlleyCat Cat Clumping Litter mempunyai ciri mudah bergumpal, mengawal bau dan kurang berhabuk membantu memudahkan pembersihan serta mengekalkan kesegaran persekitaran rumah. Dengan litter box yang bersih, Si Comel pun lebih selesa dan pawrents pun lebih tenang.
