Tiga Cara Kurangkan Bau Kucing Dalam Rumah Anda

Kebanyakan keluarga di Malaysia pasti mempunyai sekurang-kurangnya seekor kucing, sama ada dipelihara di rumah atau menjaga kucing jalanan di kawasan sekitar. Walaupun kucing sentiasa dijaga dengan rapi, dimandikan dan dipelihara di dalam rumah, bau mereka tetap boleh melekat pada ruang kediaman jika tidak diurus dengan baik.

Kadangkala, bau yang kurang menyenangkan ini boleh mengganggu keselesaan seisi keluarga, malah membuatkan kita hilang fokus ketika bekerja atau berehat di rumah. Jangan risau! Berikut ialah tiga cara mudah untuk membantu mengurangkan bau kucing dan memastikan rumah sentiasa segar.

1. Bersihkan Rumah Secara Berkala

Apabila memelihara kucing di dalam rumah, kebersihan perlu sentiasa diutamakan. Salah satu caranya ialah menyapu, mengemop dan mengelap lantai secara berkala bagi mengelakkan bau terkumpul di dalam rumah.

Selain itu, mencuci barang-barang kucing seperti bekas makanan, bekas minuman, tempat tidur dan mainan mereka. Habuk atau bulu mereka boleh membuatkan bakteria terkumpul dan bau kurang menyenangkan melekat dalam rumah jika terlalu lama.

2. Bersihkan Bekas Litter Si Comel

Kekerapan membersihkan bekas litter bergantung pada bilangan kucing yang dipelihara. Sebaiknya, setiap kucing mempunyai bekas litternya sendiri bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Pasir yang telah digunakan disarankan untuk dibuang sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika bekas litter terlalu kotor atau penuh, kucing mungkin akan membuang air di tempat lain di dalam rumah.

Bagi memudahkan rutin harian, AlleyCat Cat Litter merupakan pilihan yang praktikal kerana pasirnya mudah bergumpal selepas digunakan, menjadikan proses pembersihan lebih cepat dan mudah. Diperbuat daripada bentonite berkualiti, ia juga membantu mengurangkan bau yang tidak diingini agar ruang rumah kekal segar lebih lama.

3. Groom Si Comel Secara Berkala

Grooming bukan sekadar untuk memastikan kucing kelihatan cantik, malah penting untuk kesihatan mereka. Bulu kucing mestilah disikat secara berkala untuk menanggalkan bulu yang dah mati supaya bulu kurang berterbangan di ruang rumah. Habit sikat kucing juga dapat membantu menyebarkan minyak semula jadi untuk mengekalkan bulu Si Comel kekal sihat dan berkilau.

Namun begitu, elakkan memandikan kucing  terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering atau mudah mengalami iritasi.

Konklusinya, penjagaan rumah bukanlah pada kebersihan sahaja tetapi pada bau dan udara yang kita hirup di dalam rumah juga penting. Dengan mengamalkan rutin pembersihan yang konsisten, menjaga kebersihan bekas litter dan melakukan grooming secara berkala boleh kekalkan keadaan rumah yang lebih bersih dan selesa.

Jadikan AlleyCat Cat Litter sebahagian daripada rutin harian anda untuk membantu mengawal bau dan baik untuk memudahkan proses pembersihan dan memastikan rumah kekal segar setiap hari bersama kesayangan