Kenapa Kucing Tiba-tiba Muntah Bebola Bulu

Situasi Si Comel memuntahkan bebola bulu (hairball) mungkin bukan sesuatu yang pelik bagi penjaga kucing yang sudah berpengalaman. Namun, pernahkah kita terfikir mengapa kucing boleh muntah bebola bulu dan bagaimana keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan serta kesejahteraan Si Comel?

Bebola bulu ialah gumpalan bulu berbentuk silinder yang terbentuk apabila kucing menelan bulu-bulu yang gugur ketika proses menjilat dan membersihkan diri (grooming). Proses grooming sebenarnya sangat penting kerana ia membantu mengawal suhu badan kucing serta merangsang peredaran darah. Walau bagaimanapun, semasa proses ini, bulu yang tertelan boleh berkumpul di dalam sistem pencernaan dan akhirnya dimuntahkan sebagai bebola bulu.

Secara normal, saiz bebola bulu adalah sekitar 1 hingga 3 inci. Biasanya warna bebola bulu tersebut hampir sama dengan warna bulu kucing, dengan sedikit warna coklat akibat campuran cecair pencernaan. Namun begitu, jika saiznya terlalu besar, warnanya berbeza daripada bulu kucing, atau terdapat kesan darah, penjaga kucing disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan veterinar dengan segera.

Tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan

Untuk mengetahui sama ada muntah bebola bulu menunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius, penjaga kucing perlu memberi perhatian kepada beberapa simptom berikut:

  • Perubahan selera makan

Si Comel mungkin kurang selera makan kerana mengalami sakit perut atau ketidakselesaan pada sistem pencernaan. Keadaan ini boleh berlaku apabila bebola bulu menyebabkan sekatan atau iritasi dalam saluran pencernaan.

Apabila Si Comel mengalami perubahan selera makan, pastikan Si Comel tetap menerima nutrisi yang mencukupi. Contohnya seperti AlleyCat, yang mengandungi protein tinggi sehingga 30% dalam kibbles, serta nutrien penting seperti taurina, Omega-3 dan Omega-6 yang baik untuk kesihatan Si Comel.

Bukan itu sahaja, mengandungi fosforus, kalsium dan dan magnesium yang rendah juga sangat penting untuk membantu menjaga kesihatan Si Comel, terutamanya bagi menyokong sistem pemakanan dan kesejahteraannya.

  • Keletihan yang berpanjangan

Jika Si Comel kelihatan lesu atau tidak bertenaga, ini mungkin menandakan bahawa mereka tidak berada dalam keadaan sihat. Keletihan juga boleh berlaku apabila kucing mengalami masalah kesihatan lain atau komplikasi berkaitan bebola bulu.

  • Penurunan berat badan secara mendadak

Menunjukkan bahawa Si Comel tidak dapat mencerna makanan atau menyerap nutrisi dengan baik. Ini mungkin berlaku akibat muntah yang kerap atau kemungkinan sekatan pada sistem pencernaan yang disebabkan oleh bebola bulu.

Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa peka terhadap sebarang perubahan pada tubuh, tabiat, atau tingkah laku Si Comel. Walaupun bebola bulu kelihatan seperti perkara biasa, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor veterinar sekiranya terdapat perubahan yang luar biasa.

Dengan panduan dan nasihat daripada pakar, penjaga kucing boleh mengurangkan kejadian bebola bulu serta memastikan Si Comel kekal sihat, aktif, dan gembira.

Contohnya seperti AlleyCat, yang mengandungi protein tinggi sehingga 30% dalam kibbles, serta nutrien penting seperti taurina, Omega-3 dan Omega-6 yang baik untuk kesihatan Si Comel.