Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Kucing?

Sejak kecil lagi, kita sering dikaitkan kucing dengan  ikan, kerana mengandungi protein yang tinggi. Tetapi adakah ikan benar-benar memberi manfaat penting kepada kucing, atau sekadar mitos semata-mata? Artikel ini akan memberikan jawapan yang anda cari.

Jadi, bagaimana protein memainkan peranan dalam kehidupan seharian Si Comel? Kucing memerlukan protein dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding anjing kerana mereka ialah haiwan karnivor. Protein membekalkan tenaga dan menyediakan asid amino penting untuk membina dan membaiki organ dan tisu badan. Selain itu, protein juga terlibat dalam penghasilan enzim, hormon dan antibodi yang menyokong sistem pencernaan, metabolisme serta imuniti.

Selain protein, taurina juga merupakan nutrien yang sangat penting untuk kucing. Taurina ialah asid amino penting yang diperoleh terutamanya daripada sumber protein berasaskan haiwan. Kekurangan taurina boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung dan gangguan penglihatan. Ini kerana kucing mempunyai keupayaan terhad untuk menghasilkan taurina sendiri, dan nutrien ini mudah hilang melalui proses pencernaan.

Oleh itu, memilih makanan yang tinggi protein dan berkualiti dapat membantu memastikan Si Comel memperoleh nutrien yang diperlukan setiap hari. AlleyCat menawarkan kandungan protein yang tinggi bagi pilihan kibble dan wet food. Kibble AlleyCat mengandungi 30% protein, lengkap dengan taurina, vitamin E dan C serta Omega 3 dan 6. Manakala wet food pula mengandungi 12% protein dengan tiga pilihan perisa ikan iaitu Tuna, Tuna dan Mackerel, serta Tuna & Ocean Fish. Wet food juga membantu memastikan kucing kekal terhidrat sepanjang hari.

Kesimpulannya, biasakan diri untuk sentiasa membaca label nutrisi dan senarai bahan pada bungkusan makanan bagi memastikan kucing anda sentiasa sihat, aktif serta memiliki kulit dan bulu yang licin dan berkilat. Mengetahui apa yang kita berikan kepada mereka membantu kita membuat pilihan yang lebih baik demi kesejahteraan dan kebahagiaan jangka panjang Si Comel.