Memahami Tahap Kesihatan Kucing Anda Melalui Pemerhatian Najis

Kucing anda mungkin nampak sihat seperti biasa, tetapi najisnya boleh menceritakan yang sebaliknya. Sebelum membuang najis Si Comel, perhatikan dahulu keadaannya, terutamanya jika terdapat perubahan yang tidak seperti kebiasaan. Najis Si Comel sebenarnya boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan keseluruhannya. Sebarang perubahan pada najis mungkin menandakan Si Comel sedang mengalami masalah pencernaan, jangkitan, alahan makanan, atau stres.

Artikel hari ini akan membantu anda membezakan sama ada najis kucing anda sihat atau tidak berdasarkan warna dan tekstur, sebagai panduan untuk memahami tahap kesihatan keseluruhan Si Comel dengan lebih baik. 

Najis Sihat vs Tak Sihat

Najis kucing yang sihat sepatutnya berwarna coklat, berbentuk dan pejal. Walaupun kebanyakan warna coklat dianggap normal, sebarang perubahan warna atau tekstur yang mendadak perlu dipantau dan dimaklumkan kepada doktor veterinary untuk mengenalpasti puncanya.

Najis kucing yang tidak sihat pula mungkin mempunyai tekstur lembik atau cair sehingga sukar untuk dikutip atau terlalu keras dan berbentuk seperti batu kecil. Selain warna coklat boleh menjadi tanda amaran yang kita tidak patut pandang sebelah mata, terutamanya jika perubahan tersebut tidak berkaitan dengan diet.

Pemantauan rapi terhadap sebarang perubahan pada pemakanan dan persekitaran kucing amat penting. Sekiranya berlaku perubahan luar biasa pada warna, tekstur atau kekerapan najis, perkara ini perlulah dimaklumkan kepada doktor veterinar bagi membantu mengenal pasti punca sebenar perubahan tersebut serta menentukan rawatan yang paling sesuai.

Kenali Warna Najis Kucing Anda

Memahami maksud setiap warna najis kucing dapat membantu kita menilai tahap kesihatan Si Comel dengan lebih baik, sekaligus membolehkan kita mengambil tindakan awal sebelum sebarang masalah menjadi lebih serius.

  1. Najis Berwarna Coklat

Petanda sistem pencernaan yang sihat. Namun, boleh dibezakan dengan tona warna coklat mengikut diet dan kebanyakannya masih dianggap normal. Tetapi, jika berlaku perubahan warna secara drastik dan tidak berkaitan dengan perubahan makanan, maklumkan perkara ini kepada doktor veterinar.

  1. Najis Berwarna Kuning atau Hijau

Menandakan najis melalui sistem pencernaan terlalu cepat dan mungkin menunjukkan masalah pencernaan. Ia berpunca daripada parasit usus, jangkitan bakteria atau masalah pada hati dan pundi hempedu. Dapatkan diagnosis seawal mungkin untuk dapatkan rawatan yang sesuai. 

  1. Najis Berwarna Merah

Najis yang berwarna merah atau mempunyai jalur merah adalah membimbangkan kerana ia boleh menandakan pendarahan pada bahagian bawah saluran pencernaan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh perubahan diet, sembelit dan meneran ketika membuang najis atau keradangan usus bawah akibat kolitis, jangkitan atau parasit.

Tekstur Najis Kucing yang Tidak Sihat

Menilai tekstur najis kucing boleh memberikan maklumat penting tentang kesihatan sistem pencernaan mereka secara menyeluruh.

  1. Najis Kucing Cair atau Berair

Dikenali sebagai cirit-birit dan berpunca daripada perubahan diet, stres, parasit usus, virus dan bakteria. Masalah kesihatan lain seperti alahan pada makanan, pankreatitis dan penyakit radang usus juga boleh menyebabkan cirit-birit. Tetapi, bukan semua najis cair merupakan sesuatu yang dibimbangkan, tetapi keadaan ini perlu dipantau dengan teliti. Cirit-birit yang berulang atau mempunyai gejala lain harus dimaklumkan kepada doktor veterinar.

  1. Najis Kucing Lembik atau Bertelur

Menandakan perut kucing tidak selesa. Ini biasanya berkaitan dengan perubahan diet secara tiba-tiba, tetapi boleh juga disebabkan faktor lain. Jika keadaan ini berterusan atau kucing menunjukkan simptom tambahan, hubungi doktor veterinar untuk nasihat.

  1. Najis Kucing Keras atau Kering

Najis yang keras dan kering, seperti batu kecil, biasanya menandakan sembelit, yang selalunya berpunca daripada kekurangan air atau rendah serat dalam diet. Jika keadaan ini berlarutan, rujuk doktor veterinar untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Apa Yang Perlu Dilakukan Seterusnya?

Jika anda perasan najis kucing sudah melarat atau menunjukkan perubahan yang ketara, penting untuk hantar kucing anda untuk berjumpa terus dengan Doktor Veterinar.Teruskan memantau keadaan kucing di rumah bagi mengesan sebarang perubahan dari masa ke semasa.

Penggunaan AlleyCat Litter memudahkan anda memantau pelbagai jenis dan tekstur najis kucing. Ia mudah dibersihkan kerana diperbuat daripada bentonite, mudah terbentuk, dan mampu menyerap kelembapan dengan baik. Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan kebersihan dan kesihatan Si Comel dengan lebih efektif.

Sebagai penjaga kucing,kita perlu memberi perhatian penuh terhadap kesihatan mereka dari segi perubahan warna dan tekstur untuk mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan yang berpotensi dan mengambil tindakan lebih awal.