
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Bulu Kucing Gugur Dengan Banyak?
Ramai orang beranggapan grooming adalah rutin yang bagus untuk kucing mereka, ianya betul kerana dapat menjaga kesihatan dan kebersihan badan mereka. Namun, jika terlebih grooming, kulit kucing akan mengalami masalah dan menyebabkan bulu kucing mengalami keguguran yang banyak. Kadang-kala, bulu mudah tercabut walaupun pegang sekejap sahaja. Jadi, artikel pada kali ini akan mengupaskan tentang faktor yang boleh menyebabkan bulu kucing gugur dengan banyak selain kerap grooming.
Penjaga kucing dan kucing itu sendiri meletakkan usaha untuk memastikan bulu kucing kekal licin dan sihat. Apabila terdapat perubahan yang ketara, ia mungkin menunjukkan masalah yang sedang dialami kucing anda, seperti kucing menjilat bulu, tompok botak, kelemumur atau kulit yang mengelupas. Jadi, apakah punca-punca masalah kulit dan bulu pada kucing? Teruskan membaca artikel ini.
Antara masalah kulit yang sering dialami oleh kucing ialah:
1. Jangkitan kutu
Kutu dan parasit adalah perkara biasa untuk kita semua. Namun, tidak bermakna menandakan bahawa kucing jagaan kita kotor atau tidak menjaga kebersihan mereka. Walaupun kucing anda merupakan kucing rumah, tetapi kutu boleh dibawa masuk melalui pakaian manusia, perabot atau haiwan peliharaan yang lain. sesetengah kucing boleh mendapat jangkitan kutu melalui air liur kutu dan mengalami iritasi yang teruk dengan beberapa gigitan sahaja. Tanda paling ketara untuk mengetahui kucing dijangkiti kutu ataupun tidak, ialah dengan kudis dan keguguran bulu dibahagian leher, kepala dan sekitar pangkal ekor.
2. Menjilat badan berlebihan akibat stress
Situasi ini dikenali sebagai psychogenic alopecia, semua kucing ini secara semula jadi bersifat menyindiri dan kebanyakan kucing tidak suka duduk dengan banyak kucing yang lain kerana mereka tidak gemari untuk berkongsi seperti mangkuk air dan makanan yang tidak mencukupi. Stres boleh menyebabkan keguguran bulu hingga muntah dan cirit-birit. Selain itu,mereka juga boleh terkena penyakit pundi kencing yang serius seperti feline idiopathic cystitis (FIC) yang melemahkan lapisan pundi kencing dan menyebabkan keradangan yang sakit.
3. Jangkitan kurap
Kurap merupakan masalah kulit yang sering berlaku, terutamanya pada kucing jalanan. Jangkitan ini dijangkiti melalui kulat dan boleh merebak dengan mudah, malah berisiko berjangkit dengan manusia. Pastikan kucing kesayangan anda bebas daripada kurap agar kekal sihat, selesa dan dapat melindungi seluruh ahli keluarga daripada risiko jangkitan.
4. Alahan makanan
Tersalah makan boleh menyebabkan gastrousus kerana kesan sampingannya boleh jadi kulit kucing menjadi gatal. Pentingnya kita mengambil tahu dengan makanan yang mana boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh Si Comel.
Cara-cara Mencegah Bulu Kucing Gugur
Masalah bulu kucing gugur boleh dicegah dengan penjagaan yang rapi dan konsisten. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memastikan kucing anda mendapatkan nutrisi yang seimbang, kerana kekurangan nutrien boleh meningkatkan risiko keguguran bulu. AlleyCat mengandungi nutrisi seimbang daripada segi protein yang tinggi untuk kedua-dua jenis makanan, iaitu kibbles dan wet food, serta kaya dengan Omega 3 dan 6 dan taurina untuk menyokong kesihatan kulit dan bulu. Paling penting, AlleyCat mempunyai 30% protein untuk kibbles manakala wet food 12%, kita perlu memastikan mereka mendapat sukatan yang disyorkan.
Selain itu, grooming secara berkala mengikut jadual amat penting bagi memastikan kulit dan bulu kucing sentiasa sihat dan licin. Rutin grooming juga membantu melancarkan peredaran darah, sekali gus mengekalkan kebersihan dan kesihatan diri kucing.
Pemeriksaan veterinar secara berkala turut memainkan peranan penting dalam memantau kesihatan keseluruhan kucing. Ia membantu mengesan masalah luaran dan dalaman lebih awal serta menguruskan tahap stres berdasarkan persekitaran kucing anda. Apabila kucing kurang stres, bukan sahaja kulit dan bulu menjadi lebih sihat, malah kesihatan mental dan fizikalnya juga akan bertambah baik.
Keadaan kulit kucing sangat penting kerana mencerminkan tahap kesihatan mereka secara menyeluruh, dari dalaman dan luaran. Bulu kucing merupakan pakaian yang melindungi kulit mereka daripada pelbagai faktor luaran. Apabila kulit kucing tidak sihat, mereka akan rasa tidak selesa, mudah tertekan, dan kesihatan boleh terjejas sekiranya tindakan segera tidak diambil.