
Kenapa kucing anda membuang air kecil di luar litter box?
Pernah tak alami situasi di mana anda dah sediakan litter box, tapi Si Comel tiba-tiba buang air kecil atau besar di luar litter box walaupun saiz dan lokasinya sesuai? Dalam artikel ini, kita akan bincangkan punca utama kenapa tingkah laku Si Comel berubah. Adakah ia disebabkan masalah kesihatan, tekanan atau sesuatu yang lain? Teruskan membaca untuk lebih memahami keperluan Si Comel anda.
Perubahan besar dalam rumah
Kucing sangat sensitif terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran mereka. Walaupun perubahan itu nampak kecil bagi kita, sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada emosi dan tingkah laku Si Comel. Tabiat kencing di luar litter box mungkin menjadi cara mereka meluahkan tekanan, rasa cemas atau ketidakselesaan terhadap perubahan yang sedang berlaku. Antara contoh perubahan yang boleh mencetuskan reaksi ini termasuk berpindah ke rumah baharu, kehadiran ahli keluarga baharu, atau penambahan haiwan peliharaan lain dalam rumah.
Kebersihan litter box
Kucing merupakan haiwan yang sangat mementingkan kebersihan. Oleh sebab itu, mereka cenderung untuk tidak menggunakan litter box yang kotor atau tidak dibersihkan secara berkala. Jika kotak pasir tidak dicuci selama beberapa hari, Si Comel mungkin akan mencari tempat lain untuk membuang hajatnya.
Untuk memudahkan rutin pembersihan, AlleyCat Litter sangat membantu dalam mengawal bau, memudahkan proses pembersihan dan mempercepatkan pembuangan sisa. Pasir yang digunakan ialah jenis Bentonite yang akan membentuk gumpalan apabila menyerap cecair, jadi anda hanya perlu membuang gumpalan tersebut tanpa menukar keseluruhan pasir. AlleyCat mempunyai empat pilihan haruman menarik iaitu Lavender, Apple, Parfum Bouquet dan Sakura Bloom
Lokasi litter box yang tidak sesuai
Perubahan yang dialami oleh Si Comel kadangkala sukar untuk diterima seperti menukar makanan baharu, tidak semua kucing mudah menyesuaikan diri. Begitu juga dengan jenis pasir yang digunakan atau lokasi litter box yang baharu. Kucing memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, jadi kita boleh cuba untuk meletakkan litter box di tempat yang lebih dekat atau di lokasi yang Si Comel rasa selesa. Selain itu, anda juga boleh memberi snek kecil setiap kali dia menggunakan litter box dengan betul, cara ini membantu membentuk tabiat yang baik.
Faktor umur
Sama seperti manusia, perubahan usia juga boleh mempengaruhi keupayaan kucing untuk mengawal pembuangan. Masalah membuang najis di luar litter box mungkin berlaku kerana faktor umur, terutamanya apabila Si Comel semakin berusia. Untuk memudahkannya, cuba letakkan litter box berhampiran tempat dia berehat supaya Si Comel tidak perlu berjalan jauh setiap kali ingin menggunakannya. Cara ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan memastikan dia lebih selesa.
Oleh itu, kita perlulah peka terhadap rutin dan keadaan Si Comel, kerana dia tidak mampu memberitahu kita secara langsung apa yang membuatnya tidak selesa. Dengan memahami pelbagai situasi yang boleh menyebabkan Si Comel membuang air kecil atau besar di luar litter box, kita dapat membantu mengurangkan kejadian ini daripada berulang.