
Tips untuk cari pasir kucing yang sesuai untuk Si Comel dan Penjaganya.
Setiap rumah yang ada Si Comel mesti pernah alami situasi di mana pasir kucing bersepah merata dan baunya pula agak kuat, kan? Memilih pasir yang sesuai bukan saja penting untuk keselesaan Si Comel, tapi juga untuk keharmonian seluruh rumah.
Pasir kucing merupakan keperluan asas bagi setiap penjaga, terutamanya bagi kucing indoor. Ia diletakkan dalam kotak pasir bagi memastikan kebersihan terjaga dan memudahkan pengurusan najis. Teruskan membaca untuk tahu jenis mana yang paling sesuai untuk Si Comel dan gaya hidup anda.
- Bergumpal vs Tidak Bergumpal
Pasir yang mudah bergumpal memudahkan kita membuang bahan tercerna dengan lebih bersih dan efisien. Apabila Si Comel membuang najis, pasir ini akan menggumpalkan najis tersebut, menjadikannya lebih mudah dikenalpasti dan dibuang tanpa mengotorkan seluruh bekas. Ia juga membantu mengekalkan kebersihan kotak pasir dengan lebih lama.
Sebaliknya, pasir yang tidak bergumpal cenderung menyerap cecair dengan cepat tetapi menyebabkan najis cecair bertakung di dalam bekas kerana tiada proses penggumpalan. Ini boleh menyebabkan kotak pasir cepat kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
- Berharuman vs Tanpa Haruman.
Pasir kucing ini juga mempunyai jenis yang ada haruman ataupun tidak. Pasir yang jenis ada haruman seperti AlleyCat Litter haruman Lavender, Epal, Parfum Bouquet dan Sakura, dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dengan berkesan.
Manakala yang tanpa haruman pula, selalunya bau yang tidak diingini tidak berkurang dan bau bahan utama pasir kucing akan ada bau juga. Sebagai contoh, jika menggunakan bahan seperti tanah liat atau kacang soya, bau semula jadi daripada kedua-dua bahan ini cenderung lebih mudah terhidu.
- Apakah bahan utama pasir AlleyCat Litter?
AlleyCat Litter diperbuat daripada bentonit, iaitu sejenis tanah liat semula jadi yang kaya dengan mineral montmorillonit dan terbentuk daripada abu gunung berapi. Dengan tahap kebolehserapan yang tinggi serta keupayaan bergumpal yang sangat baik, bentonit menjadikan AlleyCat Litter pilihan ideal untuk memastikan kebersihan dan keselesaan Si Comel.
Antara ciri utama AlleyCat Litter berasaskan bentonit ialah:
- Kebolehserapan tinggi yang mampu menyerap cecair dalam jumlah yang banyak dengan cepat.
- Keupayaan mengembang sehingga 18 kali ganda daripada isipadu asal dalam keadaan kering, menjadikannya sangat efisien untuk menggumpal najis dan memudahkan pembersihan.
Memilih pasir kucing yang sesuai adalah penting dan perlu disesuaikan dengan keperluan Si Comel serta keutamaan anda sebagai penjaga. Pastikan pasir yang digunakan memberikan keselesaan kepada Si Comel, tidak terlalu kasar untuk tapak kakinya dan dalam masa yang sama membantu menjaga kebersihan serta kesegaran rumah tanpa bau yang kurang menyenangkan.
Jangan lupa juga untuk membersihkan kotak pasir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan persekitaran kekal higienis dan selesa untuk semua.