Apakah punca Si Comel cepat sangat habiskan makanan dia?

Adakah tabiat Si Comel yang selalu makan laju akan memberikan implikasi kepada tubuh badan mereka? 

Sebagai pencinta kucing, mesti pernah nampak Si Comel makan terlalu laju sampai kita suruh dia makan perlahan-lahan. Mungkin tabiat ini nampak biasa, tapi ia sebenarnya boleh menjadi tanda tanya pada diri kita. Makan terlalu cepat boleh menyebabkan masalah kesihatan, gangguan pencernaan dan juga obesiti. Jom kita periksa sama ada Si Comel anda menunjukkan tanda-tanda ini atau tidak:

Tanda-tanda macam mana nak tahu kalau Si Comel makan cepat:

  • Habiskan makanan dalam jangka masa yang pendek.
  • Selalu minta tambah makanan sebab tak puas makan.
  • Tidak kunyah makan dan terus telan makanan.
  • Kerap muntahkan makanan selepas makan.

Antara beberapa faktor luaran yang boleh menyebabkan Si Comel makan dengan terlalu cepat, antaranya berkongsi mangkuk dengan kucing lain, pengalaman kekurangan makanan pada masa lalu, serta masalah kesihatan. Jom teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

#1 Berkongsi mangkuk makanan dengan kucing lain.

Keadaan di mana Si Comel terpaksa berkongsi mangkuk makanan dengan kucing lain boleh menyebabkan tekanan dan keresahan, kerana dia perlu bersaing untuk mendapatkan bahagian makanannya sendiri. Situasi ini secara semula jadi mendorong Si Comel makan dengan tergesa-gesa kerana berasa perlu ‘berlawan’ dengan kucing lain. Akibatnya, Si Comel mungkin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi untuk keperluan hariannya.

Si Comel memerlukan protein yang mencukupi setiap hari untuk menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh. Makanan basah AlleyCat mengandungi 12% protein dan turut membantu memastikan Si Comel kekal terhidrat sepanjang hari. Manakala makanan kering pula menyediakan 30% protein untuk menyokong tenaga dan fungsi tubuh yang optimum.

#2 Pengalaman kekurangan makanan.

Pengalaman lalu boleh membentuk tabiat makan yang tidak sihat, terutamanya kucing jalanan atau terbiar yang pernah mengalami kekurangan makanan. Perasaan tidak mendapat makanan yang mencukupi boleh menyebabkan mereka makan dengan gelojoh. Kita boleh bantu dengan menyediakan makanan mengikut rutin harian yang konsisten, supaya Si Comel belajar bahawa makanan akan sentiasa tersedia pada waktunya tanpa perlu berebut atau bimbang. Pastikan Si Comel menerima nutrisi yang seimbang dan mencukupi setiap hari. 

#3 Faktor kesihatan.

Beberapa masalah kesihatan boleh menyebabkan peningkatan selera makan Si Comel, yang akhirnya membuatkan mereka makan dengan gelojoh. Antara penyakit yang boleh mencetuskan keadaan ini termasuklah diabetes mellitus, kekurangan enzim pankreas (exocrine pancreatic insufficiency) dan beberapa jenis kanser usus.

Sebagai penjaga yang bertanggungjawab, kita mestilah peka dan berusaha memahami keadaan Si Comel. Kesihatan dan kesejahteraannya adalah tanggungjawab kita. Memahami tingkah laku Si Comel adalah langkah penting untuk mencegah tabiat makan dengan tergesa-gesa, serta memastikan mereka kekal sihat dan bebas daripada risiko penyakit.